Jumaat, 24 April 2009

Ahad, 12 April 2009

NI ALBUM MENCARI INDAH KARYA DR. LIM


karya terbaru DR. LIM

Lim Swee Tin (Dr.) di persada jagat sastera tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau merupakan sifu dalam penulisan dan deklamasi sajak. Sudah banyak buku kumpulan puisi yang beliau hasilkan. Minat Lim Swee Tin pada kesusasteraan (sastera Melayu) begitu mendalam sekali.
Terkini, Dr. Lim menghasilkan album puisi bertajuk Mencari Indah yang beliau terbitkan sendiri. Album ini mengandungi 16 buah sajak. 14 buah sajak dideklamasikan dan 2 buah sajak beliau nyanyikan sendiri. Setiap pembelian album ini akan mendapat sebuah buku kumpulan puisi terbaharu beliau yang juga bertajuk Mencari Indah.
Saya telah membeli dan memiliki album dan buku Mencari Indah karya Dr. Lim itu. Lim Swee Tin memang seorang penulis/penyair sejati. Beliau sanggup keluar modal untuk menghasilkan album puisi. Melihat kulit album dan kulit CD, kerja yang beliau hasilkan bukan kerja main-main.
kenangan bersama mereka yang ceria di rumah Rohingya


gambar anak-anak yatim yang menetap di rumah Rohingya
Seorang Lelaki Tua - Lim Swee Tin
Seorang lelaki tua
yang tiba-tiba
merasakan
kehilangan sebuah sungai
tempat dulu petang-petang begini
bermain dengan teman-teman.
Seorang lelaki tua
yang tiba-tiba
merasakan
kehilangan sebuah halaman
tempat dulu sewaktu kecil
mendengar ibu bercerita tentang sekian dongengan.
Seorang lelaki tua
yang tiba-tiba
bagaikan terjaga
berdiri di antara bangunan-bangunan tinggi
asing dan menyepikandi kelilingi asap dan debu
kering dan melemaskan.
~ Lim Swee Tin, 1993

Jumaat, 10 April 2009



gambar ni diambil semasa Dr.Lim mengikuti satu majlis untuk mendeklamasikan sajak...

gambar Dr Lim masa dulu-dulu
ni gamabar aku ngan Dr. Lim. gambar ni aku ambil masa kat fakulti pas abis klas nagan Dr. Lim
KETIKA DAN KALIMAT

Nama aku, Nur Asikin Binti Abdul Hadi. Aku adalah pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi di UPM. Kat sini aku ambik kursus Kesusasteraan Melayu (major sastera dengan minor bahasa Melayu). Subjek Kesusasteraan dalam Multimedia dan Bahasa dalam Multimedia ni adalah subjek wajib bagi major dan minor aku. Mula-mula masa nak daftar untuk kedua-dua subjek ni, aku terfikir jugak apakah relevannya multimedia dengan Sastera dan bahasa ni. Masa masuk kelas mula-mula dulupun aku dah rasa bosan dengan subjek ni. Dahla susah banyak keja lak tu, tambah-tambah pensyarahnya pula agak tegasla sedikit. Tak leh datang lambat ke kelas. Tapi jangkaan aku semuanya salah sebab:

“Kesusasteraan dalam multimedia dengan bahasa dalam dalam multimedia” itulah subjek yang banyak mengajar aku tentang dunia perkomputeran. Ya, daripada seorang yang boleh dikatakan tidak tahu apa-apa tentang komputer (tak pandai nak buat laman web, tak tahupun apa itu asas grafik dan kepentingannya, tak tahu cam ne nak buat blog dan lain-lain lagi) aku sekarang dah pandai nak buat semua tu dah. Kalau setakat nak ajar budak-budak sekolah, aku dah kira pas la nak ajar mereka nanti…huhuhu… tu semua berkat tunjuk ajar dari Dr. Nor Maliza ngan Cik Alia la yang buat aku jadi pandai semua ni. Terima kasih Dr dan Cik Alia sebab sudi ajar saya yang tak pandai ni…

Mula-mula aku rasa bosan gak ngan subjek ni, banyak keja nak kena buat, datang kelas pula kena awal, kalau datang lambat sikit…hmm…mesti kena denda dek Dr. tersayang…pas tu kena wat keja dalam kumpulan lak tu, dahla masa yang diberi untuk wat keja sekejap je..tension jugak rasanya…hahaha… tapi, bila difikir-fikirkan balik memang wajar apa yang Dr. lakukan itu. Masa keja nantipun perkara yang sama tetap aku lalui juga.

Sebenarnya pada semester lepaspun memang aku dah pernah ambik kedua-dua subjek ni tapi sayang aku tak sempat nak habiskan pembelajaran subjek ni sampai ke peperiksaan akhir. Jadi semester ni aku terpaksa ambik sekali lagi la subjek yang sama. Upppss, aku ambik subjek ni sekali lagipun bukan sebab aku gagal masa peperiksaan akhir dulu tapi sebab aku sakit.

Tanggal 1 ramadhan lepas, segalanya bermula. Aku di uji dengan ujian yang ku kira agak berat jugalah untuk aku hadapi dan kesannya masih aku rasai sehingga sekarang. Hampir sebulan aku terlantar kat Hospital Serdang. Alkisahnya bermula begini, pada 28 Ogos 2008 bersamaan hari khamis selepas kelas Kesusasteraan Multimedia lebih kurang jam 12.30, aku telah ke Pusat Kesihatan Universiti (PK UPM) untuk memeriksa dan mengambil ubat kerana pada masa itu aku mengalami demam, selsema dan sakit mata.
Seperti biasa, mula-mula sampai kat Pusat Kesihatan tu, aku mengambil nombor dan menunggu giliran untuk di panggil berjumpa doktor. Masa tu aku dikehendaki masuk ke bilik yang bernombor 11 dan doktor yang ditugaskan memeriksa aku pada masa itu ialah doktor Aung Tan. Banyak ubat yang dia berikan pada aku, tapi untuk sakit mata aku hanya diberi ubat tahan sakit iaitu poston sahaja, bukannya ubat titik yang biasa diberikan pada setiap orang yang mengalami sakit mata. Doktor menasihatkan aku agar menghabiskan kesemua ubat tahan sakit yang diberikan itu, jadi aku dengan bersemangatnya dan berazam untuk menghabiskan kesemua ubat yang diberikan tadi.

Namun, selepas sehari aku memakan ubat tersebut, aku merasakan seakan ada perubahan pada badanku iaitu badanku mula ditumbuhi ruam-ruam terutamanya di bahagian pinggang dan ke atas. Keadaan mataku pula pada keesokan harinya iaitu pada 29 Ogos 2008 mulai kabur berserta pendengaranku yang sedikit terjejas selepas itu. Kemudian, aku sekali lagi ke Pusat Kesihatan pada 30 Ogos 2008 kerana bimbang dengan keadaan penglihatanku yang semakin kabur setiap hari dan pada hari itu juga aku sekali lagi berjumpa dengan doktor tersebut. Lantas aku menceritakan tentang masalah yang aku hadapi itu. Sekali lagi dia menasihatkan aku agar menghabiskan ubat tahan sakit tersebut.

Mungkin semuanya dah tertulis untuk aku kot, pas aku makan ubat yang diberikan tu, keadaan kesihatan aku bukan makin baik malah makin teruk. Mata aku masa tu pun memang dah tak nampak kalau nak tengok ape-apepun. Sampaikan nak balas mesej kakak akupun aku tak boleh nak buat. Bila aku dah diam sampai sehari suntuk, kakak aku cuba telefon aku tapi, aku memang tak boleh nak bercakap dengan die, suaraku jadi tersekat kat kerongkong. Pas tu kakak aku tu cuba la telefon member aku, nak Tanya pasal aku ni, tetapi masa tu semua orang balik kampung sebab cuti merdeka, aku tak balik sebab aku nak wat kerja kursus untuk subjek kaedah penyelidikan kesusasteraan.

Masa orang lain tengah sibuk wat kerja tu aku, terpaksa balik kampung sebab abah kesayanganku sakit. Masa tu abah aku di rawat kat hospital Tengku Ampuan Afzan,Kuantan sebab Leukimia. Masa tula kali terakhir aku jumpa dia sebab selepas dia dipindahkan ke hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, keadaan dia makin teruk sehinggalah 25 Julai, abah telah dijemput Ilahi. Sedih sangat masa tu, tapi aku redha dan bersabar sajelah sebab tu qada dan qadar Ilahi, walau aku bersedih macam mana pun, keputusanNya tetap takleh nak ubah dah. Aku mesti kuat, untuk mak dan keluarga aku. Aku tak sanggup dah tengok dierang sedih.

Berbalik pada cerita aku tadi tu, disebabkan risau yang teramat sangat kakak aku, dierang cuba menelefon doktor Aditya iaitu salah seorang doktor yang merupakan kenalan kepada doktor aku. Aku ni ada penyakit iaitu thalasemia, sejak kecik lagi aku dapat sakit ni. Tapi Alhamdulillah, aku masih lagi mampu untuk belajar sampai ke tahap ni. Pada malam tu jugalah (1 Ogos) aku dimasukkan ke hospital Serdang. Keadaan aku masa tu memang lemah gilerr dan ruam-ruam akibat alahan pada ubat tupun mula pecah-pecah dan mengeluarkan darah. Doktor memang tak dapat nak jamin peratus untuk aku kembali sihat seperti dulu. Alhamdulillah berkat doa keluarga, pensyarah-pensyarahku dan juga kawan-kawan, aku cuba untuk melawan semua ni. Terima kasih pada semua kerana banyak memberikan aku semangat untuk terus hidup...huhuhu… memang doktor kat hospital Serdang pun tak menjangkakan aku masih terus hidup sampai ke arini dan masih sihat lagi walaupun aku masih mendapatkan rawatan lagi untuk kedua-dua mataku.


KERJA KUMPULAN PUN BERMULA
BERGAMBAR DI SEKITAR FAKULTI.

Ok..dah abis cerita pasal aku dan subjek ni. Nie aku nak cerita pulak pasal kerja dalam kumpulan yang perlu aku dan geng-geng buat..yuhuuuu… sesi bergambarpun bermulah… Tugasan nie memerlukankami mengambil seberapa banyak gambar dan gambar perlu dikaitkan dengan peribahasa atau simpulan bahasa. Arahan dah diterima, jadi kami apalagi, mula lah berposing. Pelbagai aksi dan gaya la kami buat. dari memanjat pokok, duduk di tepi longkang, melompat kat tangga, dan macam-macam lagi la kami kena buat untuk memenuhi satu tugasan. Memang seronoklah. Kalau nak harapkan pose menarik untuk sendiri-sendiri memang tak terbuatlah. Malu! Nasib baiklah ada peluang macam nie.. Dapat juga berlakon dengan pelbagai mimik muka. Gambar dah banyak yang diambil tapi macam tak menarik lagilah, sebab pakaian kami tak sesuai nak beraksi dengan lebih mantap lagi. Keputusan sepakat dibuat, kumpulan “ APOLLO”, perghhh..cam name roketpun ade nama kumpulan aku ni, perlu datang fakulti pada hari jumaat untuk bergambar lagi. Dari pagi sampai ke tengah hari jugalah “APOLLO” berposing sakan, konon-konon nak dapatkan shoot yang cantik dan memenuhi asas grafik la, memang cantikpun gambar yang kitarang ambik…uppsss…perasan plak aku nie… Di celah ranting pokok bunga, di atas tembok, , bawah kereta, di atas pokok semuanya dicuba semata-mata nak memberi sentuhan yang terbaik.

MEMBUAT MAJALAH ONLINE (DRAF JE NI)

Tugasan seterusnya kami dikehendaki membuat draf untuk majalah online. Masa tulah bakat-bakat terpendam aku dan rakan-rakan boleh dikesan. Kumpulan aku buat pasal muzik. Majalah online tu perlu dilengkapi dengan ilustrasi dan ada unsur multimedia. Jenuhlah kami memikirkan cara nak siapkan tugasan ni. Masa berlalu dengan pantas. Aku dan rakan kumpulan yang lain “terpaksa” menjadikan diri kami kreatif. Terus terang aku cakap, kau memang tak pandai melukis. Rasanye kalau doktor tengok lukisan aku tu,hmmm…tergelak doktor pasal tak cantik.hahaha… tapi aku cuba jugak membuktikan aku ni walau tak pandai melukispun boleh la buat keja lukis-melukis jugak walaupun lain jadinye.

KE RUMAH ANAK-ANAK YATIM

Haa…aktiviti ni paling aku suka, dapat pergi ke rumah anak-anak yatim. Bukan ape selama ni tak pernahpun aku jejak kaki ke tempat macam tu, dapat merasa apa yang mereka rasai selama ini. Aku dan kumpulan sepakat memilih Madrasah Anak-anak Yatim dan Tahfiz Quran Hashimiah di Selayang. Nie, aku nak bagitahu pasal malam sebelum hari kejadian tu la, cite yang paling kelakar,hehehe… aku ni kalau nak pergi tempat yang tak biasa aku jejak mulalah rasa serba tak kena. Alkisahnya begini, malam sebelum gi rumah anak-anak yatim tu memang aku tak boleh nak tidur lansung. Huhu... Mungkin terlalu teruja kot nak pergi ke sana, dan macam-macam benda aku fikir dalam kepala. Huh..semuanya pasal kisah sedih-sedih la.

Alhamdulillah esoknya menjelma tiba, seawal pukul 6.00pagi aku dah bangun dah. Seperti biasa aku mandi dan bersolat dulu sebelaum bersiap. Pukul 8.00pagi aku dan kumpulan mula bertolak ke sana. Masa tu aku menaiki kereta bersama Bie (Adila), dan Ain yang lain pergi ngan kereta lain. Hahaha…masa dalam perjalanan ke sana tu kami tersesat sebenarnya tapi, mujurla sampai juga kami disana. Kedatangan kami disambut meriah oleh adik-adik yang menghuni kat situ. Rajin-rajin dierang tu, sampaikan barang yang kami bawa masa tupun beria-ia dierang nak angkat walaupun kami dah melarang dierang berbuat demikian.

Mula-mula melangkah kaki ke teratak yang didiami mereka, hati kitarang tersentuh. Memang kemudahan kat situ tak tersedia dengan baik. Cukup sederhana cara dierang. Makan pun ala kadar sahaja. Dalam hati aku terdetik, betapa mewah dan membazirnya orang lain yang sanggup membuang makanan begitu sahaja, sedangkan dierang nak merasa makanan yang sedap-sedap pun mungkin kena tunggu hari-hari tertentu sahaja.

Adik-adik yang tinggal kat sini semuanya berjumlah 103 orang. Mereka ni anak-anak pelarian ada yang datang dari Burma, Myanmar dan lain-lain lagi. Masalah yang kami hadapi semasa kat sana tak lain dan tak bukan ialah masalah komunikasi, sebab dierang ni jarang yang pandai berbahasa Melayu ataupun Inggeris. Hanya bahasa isyarat sajalah cara yang mudah untuk kami berkomunikasi dengan mereka. yelah, budak-budakkan yang berumur dalam lingkungan lima hingga sembilan tahun sudah tentulah hanya tahu menggunakan bahasa ibunda mereka saja masa bercakap ngan kawan-kawan mereka yang tinggal kat situ. Adik-adik yang berusia dalam lingkungan sepuluh hingga empat belas tahun pun ada yang tak boleh nak bercakap dalam bahasa Melayu.

Wat kerja-kerja amal ni memang menyeronokkanlah, walaupun penat tapi kepenatan tu aku rasakan macam satu perkara yang indah dan rasa macam nak wat lagi je lain kali. Insyaallah… masa kitarang mengajar adik-adik ni, tekun je dierang belajar, semuanya suka bertanya tapi kami kena dapatkan penterjemahlah iaitu adik-adik yang tahu berbahasa Melayu. Dalam kumpulan yang aku bimbing tu ade jugalah dalam lima orang yang pandai berbahasa Melayu. Ade sorang adik tu,aku tak ingat nama dia tapi aku memang tabikla kat dia sebab dia boleh bercakap dalam empat bahasa iaitu Melayu, Cina, Inggeris, dan Burma. Umur die ni dalam tiga tahun. Dia memang seorang yang sempoi dan sporting. Dia cite kat aku die suka nyanyi, pas tu aku suruh la dia nyanyi ape-ape lagu la. Dia memang pandai nyanyi walupun aku tak faham lagu yang dia nyanyi tu tapi suara dia tu memang sedapla, kira setandingla dengan Faizal Tahir tu.

Habis semua aktiviti dijalankan, kitarang menjamu adik-adik tu makan kek. Walaupun setakat merasa je, aku tengok mereka sangat gembira bila dihidangkan dengan makanan macam tu. Pas dierang semua habis makan kitarang sempat la kemas-kemas tempat makan dierang tu, tepat jam lima petang kami meminta diri untuk pulang. Masa nak balik, adik-adik tu dengan penuh disiplin beratur tuk bersalam dengan kami. Macam nak gugur je jantung aku bila tengok mata dierang, penuh dengan pengharapan tuk kami datang kat situ.

Minggu selepasnya, kami kena bentang pasal tugasan yang kami dijalankan ini. Apa lagi, semua ahli kumpulan mula la sibuk nak wat cerita pendek pasal aktiviti yang telah kami jalankan tu. Mula-mula, movie maker yang kami wat tu, tak leh nak buka. Memang cuak la kami masa tu, bukan ape takut tak dapat dapat markah je kalau tak bentang. Tapi nasib baik la, doktor bagi kami peluang untuk bentang aktiviti kat rumah anak-anak yatim tu pada minggu yang berikutnya. Huh…lega rasanya sebab diberi satu lagi peluang.


Cerita tentang amali bersama Cik Alia

Dalam kelas bahasa dalam multimedia dan kesusasteraan dalam multimedia ni, ada kelas amali tau. Amali ni diadakan seminggu sekali dan pengajarnya ialah Cik Alia iaitu pensyarah di KLIUC. Cik Alia ni merupakan bekas pelajar Fakulti Kejuruteraan di Universiti Putra Malaysia. Cik Alia ni sempoi je orangnya. Ramai orang kata dia ni garang tapi bagi aku Cik Alia ni tak de la garang sangat, Cuma dia tegas sedikit dalam bilik kuliah tu. Kalau aku salah atau tak pandai nak buat kerja yang dia suruhpun dia tak pernah marah malah sentiasa memberi tunjuk ajar pada aku.

Membuat power point tentang hal ehwal semasa

Minggu pertama amali bermula Cik Alia suruh kitarang buat power point tentang hal ehwal semasa. Dalam power point ni perlu dimasukkan lagu dan animasi. Sebanyak dua puluh slide perlu kitarang hasilkan dan perlu dibentangkan dalam masa lebih kurang tiga minit sahaja. Tajuk yan g aku pilih untuk pembentangan yang pertama ni ialah peningkatan kadar penceraian di Malaysia. Manakala lagu yang aku masukkan dalam power point ni ialah lagu dari kumpulan Ungu iaitu lagu “Cinta dalam Hati”. Memang sedih la jugak lagu ni sebab ia menceritakan tentang cinta yang terpaksa dipendamkan walaupun seseorang itu terlalu menyintai seseorang yang diminatinya.

Susah jugak nak buat power point ni sebenarnya, walaupun aku dah biasa wat power point yang biasa-biasa tu. Hamper ke pagi jugalah aku mencuba untuk membuatnya. Bab yang nak masukkan lagu tu yang susah sikit sebab kali pertama masa aku buat power point ni lagu jalan sampai slide yang kedua sahaja. Jenuh jugalah aku cuba berfikir cara untuk membuatnya, tapi Alhamdulillah aku berjaya juga merentasi rintangan yang pertama ni.

Membuat kalendar

Tugasan pertama telahpun berjaya aku siapkan. Pas tu menjelmalah pula tugasan kedua iaitu membuat kalendar tahun 2009 dengan menggunakan Adobe Photoshop. Seronok gak wat kalendar ni sebab kita boleh masukkan macam-macam gambar yang kita nak dalam tu kecuali gambar kartun la. Latar belakang calendar pula kita boleh letak yang cun-cun je. Cantik jugak calendar yang aku wat tu, gambar yang paling banyak aku letak dalam kelendar tu gambar anak buah kesaynagan aku la tiga orang semuanya iaitu Akim, Ain dan Aqemi. Gambar aku adelah dalam tujuh hingga lapan keping aku letak sekali ngan kawan-kawan sekelas. Aku suka bila guna Adobe ni gambar-gambar yang kita letak tu kita boleh baiki maksud aku boleh kalau kita nak cerahkan atau nak gelapkan gambar-gambar tu. Nak hilangkan jerawat kat muka pun boleh.hahahah…

Dah siap buat calendar dan Cik Alia pun dah luluskan untuk pergi print, akupun print lah kelendar yang aku watt u. kelendar tu aku print kat kedai Syarikat Perniagaan Serdang, ala kedai yang dekat dengan restoren Bismillah kat Seri Serdang besar. Kos yang perlu dikeluarkan untuk kelendar tu ialah sebanyak rm27.00. kira standart la tu harga die.

Membuat laman web

Ni la kerja yang paling susah nak wat. Nak menangis aku rasa masa wat benda ni. Nasib baik la kawan baik aku tolong ajarkan aku sikit-sikit dan sudi untuk membantu aku masa wat laman web ni. laman web ni dibuta dengan menggunakan software Microsoft frontpage. Ya Allah, Tuhan sajelah yang tahu betapa susahnya nak buat ni sebab kita perlu banyak link kepada apa yang kita nak masukkan tu. Kadang-kadang aku tersalah jugak masa nak link tu. Nak link ke lain aku oergi link kat tempat lain sebab tu lah benda ni tak keluar bila dah klik pada tajuk-tajuk kat indeks tu.

Kat muka depan laman web tu, Cik Alia suruh masukkan sepuluh tajuk besar. Mula-mula sekali tentulah aku letak pasal biodata aku, pas tu barulah aku masukkan apa yang aku rasa sesuai untuk aku masukkan kat laman web tu. Laman web yang aku hasilkan ni, ialah jenis laman web offline. Jadi, orang alin takleh nak baca lah pasal laman web aku ni dan akupun takleh la nak tunjukkan kat semua orang yang aku ni ada laman web. Huhuhu, perasan betul budak sorang ni ye…

Masa Cik Alia nak tengok laman web aku ni, laman web ni pulak buat hal. Tak dapat nak buka la plak. Aku dah risau ni, dah banyak computer aku gunakan semata-mata nak check web aku ni ad eke tak dalam pendrive aku, tapi kehampaan jua yang bertandang dalam hatiku. Memang web aku tu tak dapat nak bukak. Cik Alia pun ade jugak tolong aku untuk buka laman web tu kat computer dia, tapi tulah benda tu tak nak keluar gak. Terpaksa lah aku tunjuk kat Cik Alia pada minggu yang berikutnya.

Huh..lega aku bila diberi peluang sekali lagi oleh Cik Alia tuk tunjukkan web tu. Minggu berikutnya aku tunjukkalah web aku tu pada Cik Alia sekali lagi. Tapi kali ni latar belakang web aku pulak takde. Cik Alia kata mungkin sebab setting kat laptop ngan setting kat pc dalam makmal tu mungkihg berlainan sedikit sebabtu latar belakang web tu hilang. Mujur la animasinya masih ada lagi dalam web tu. Kalau tak tahulah aku nak wat macam mana lagi…


Membuat blog

Tugasan terakhir yang perlu disiapkan dalam kelas amali ialah membuat blog. Tugasan ni memerlukan aku membuat blog yang memuatkan biodata tokoh yang telah ditemubual dan segala pencapaiannya. Untuk tugasan ini aku telah menemu bual Dr. Lim Swee Tin iaitu salah seorang pensyarah kat Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Dr. Lim ni boleh dikatakan seorang penulis yang prolifik la sebab dah banyak dia menghasilkan karya setiap masa. Karya yang terbaru dia buat ialah menerbitkan album lagu-lagu puisi yang termuat dalam album Mencari Indah.

Album ni dia terbitkan sendiri tau, hal ini telah menunjukkan betapa cintanya dia dalam bidang puisi sehingga sanggup mengeluarkan modal sendiri untuk terbitkan album Mencari Indah ni, yang telah memuatkan 12 belas lagu puisi yang dinyanyikan sendiri oleh Dr. Lim.

KULIAH TERAKHIR

Minggu terakhir tuk kelas ni, kitarang tak belajarpun, tapi doktor ade bagi tips la untuk peperiksaan akhir nanti. Kelaspun abis awal ari tu. Alhamdulillah, semester ni aku berjaya menghabiskan kelas dengan gembiranya. Memang aku takkan lupa lah kelas yang best ni. Terima kasih doktor sebab sudi memberikan tunjuk ajar pada saya… .

Khamis, 9 April 2009

BIOGRAFI DR. LIM SWEE TIN

LIM SWEE TIN lahir di Bachok, Kelantan pada 26 September 1952 dan membesar di kalangan masyarakat Melayu. Dengan itu, tidak menghairankan jika beliau dan keluarganya amat fasih berbahasa Melayu. Dengan kefasihan bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu mendorong beliau menulis dan mencipta karya terutama puisi dalam bahasa ini. Ternyata, usahanya berhasil sehingga beliau dikenali sebagai penulis bukan Melayu yang cukup menonjol dan mendapat tempat di akhbar dan majalah, malah sering pula memenangi hadiah-hadiah penulisan.

Lim Swee Tin sebenarnya berdarah campuran. Bapanya, Lim Swee Poh, suku Hokkien berasal dari Chou An, Fujien, China, manakala ibunya Khe Utt Eh Di berketurunan Thai yang sudah menetap sejak beberapa generasi di Bachok, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Tawang, Bachok, kemudian apabila keluarganya berpindah ke Machang, Kelantan, Lim Swee Tin belajar pula di Sekolah Kebangsaan Machang, sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan, dan Sekolah Menengah Hamzah, Machang, Kelantan sehingga Tingkatan Lima. Beliau menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1969, dengan mendapat Pangkat Satu. Lim Swee Tin kemudian mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah. Walau bagaimanapun, disebabkan kesempitan kewangan, beliau memohon bertukar ke Sekolah Menengah Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. Beliau hanya sempat beberapa bulan sahaja di sekolah ini kerana terpaksa berhenti disebabkan masalah yang sama.

Lim Swee Tin menjawat jawatan Guru Sandaran di Sekolah Kebangsaan Kampung Pek, Machang selama setahun setengah sehingga beliau ditawarkan ke Maktab Perguruan
Persekutuan, Bukit Gelugur, Pulau Pinang mulai tahun 1972 dengan mengambil kursus Pengajian Bahasa Melayu dan Matematik Moden. Beliau lulus pada tahun 1973, dan mula bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra, Kuala Krai, Kelantan sehingga tahun 1978. Lim Swee Tin kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Hamzah, alma matternya sehingga tahun 1988. Pada tahun 1988, Lim Swee Tin mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang kemudian dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan mengambil kursus Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama, dan minor Kesusasteraan Melayu. Lim Swee Tin memperoleh ijazah Bacelor Pendidikan pada tahun 1992. Lim Swee Tin ditugaskan berkhidmat di Sekolah Tinggi Undang Musa Al-Haj, Jelebu, Negeri Sembilan, kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin, juga di Negeri Sembilan
sehingga tahun 1996. Mulai tahun 1997, Lim Swee Tin meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana, dan memperoleh M.A-nya pada tahun 1999.

Lim Swee Tin mula berjinak-jinak dengan bidang penulisan sejak berada di sekolah rendah lagi. Ketika itu, beliau sudah mula belajar mencoret-coretpantun dan syair. Walau bagaimanapun, cubaan beliau menghasilkan sajak tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan sehinggalah tahun 1968 dan 1969 apabila beliau berada di sekolah menengah. Di sekolah menengah, Lim Swee Tin mengambil mata pelajaran kesusasteraan Melayu. Antara teks kajian pada masa itu ialah antologi Gelombang (Usman Awang) dan Nyanyi Sunyi (Amir Hamzah). Melalui kajian keatas kedua-dua teks puisi ini, Lim Swee Tin beroleh keyakinan untuk menghasilkan sajak-sajak. Salah sebuah karyanya yang paling awal dan sempurna dihasilkan berjudul ‘Terima Kasih’. Sajak yang dicatatkan pada kulit novel Ranjau Sepanjang Jalan (Shahnon Ahmad) ini walau bagaimanapun tidak dapat dikesan lagi.

Bermula dari ini, Lim Swee Tin mula berkarya dengan bersungguh-sungguh. Semasa di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Lim Swee Tin secara kebetulan dilantik sebagai Sidang Editor jurnal Persatuan Bahasa Melayu, Kredit Gelugur. Kesempatan ini digunakan beliau untuk menyiarkan beberapa buah sajaknya sendiri. Karya-karya inilah kemudiannya memberinya keyakinan untuk mengirim sejumlah sembilan buah sajak ke Mingguan Malaysia pada tahun 1973. Salah sebuah sajak beliau ‘Seorang Anak Kecil’ termuat pada 14 Oktober 1973. Sebuah lagi tersiar pula dalam Utusan Zaman kira-kira sebulan kemudian. Tersiarnya karya-karya ini sudah cukup memberinya keyakinan dan kekuatan untuk terus menapak di persada kesusasteraan Melayu, khususnya di pertengahan dekad 1970-an. Semasa di maktab ini juga, Lim Swee Tin berpeluang membaca banyak buku kesusasteraan pelbagai genre terutamanya dari Indonesia selain jurnal Dewan Sastera (yang mula diterbitkan 15 Januari 1971). Lim Swee Tin pengunjung setia perpustakaan di maktabnya, dan pembaca Dewan Sastera yang cukup tekun. Menurut Lim Swee Tin, pembacaan buku-buku dalam bahasa Indonesia memberinya kekuatan dari segi penguasaan bahasa yang amat besar.

Perkara lain yang mendorong Lim Swee Tin terus mencipta karya ialah faktor alam sekitar seperti penghidupannya yang dikelilingi cara hidup dan budaya masyarakat Melayu, khususnya di Kelantan. Alam semula jadi di Kuala Krai, Kelantan dan berbagai-bagai cabang kesenian rakyat yang digemarinya(secara kebetulan keluarga Lim Swee Tin sebelah ibunya merupakan penggiat Menora dan wayang gedek sejak turun temurun ). Tugasnya sebagai guru bahasa Melayu di sekolah turut mendekatkan beliau dengan pembacaan yang berterusan dan beliau terus menghasilkan karya-karya kreatif.

Bakat Lim Swee Tin lebih terserlah dalam genre sajak walaupun beliau turut menghasilkan cerpen dan esei kesusasteraan. Berkat usaha gigihnya, Panel Hadiah
Sastera 1976 berpendapat bahawa Lim Swee Tin telah menunjukkan harapan besar sebagai penulis bukan Melayu dalam perkembangan sastera nasional kerana beliau bukan sahaja telah dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik tetapi telah berjaya mengangkat bahasa itu menjadi bahasa puisi. Karya-karyanya sudah mendapat tempat di Berita Minggu, Jurnal PERISA, Jurnal Malay Literature, Utusan Zaman, Mingguan Timur,Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan Sastera dan puluhan media penyiaran tanah air. Selain itu, puisi-puisinya diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Cina dan Thai.

Karya Lim Swee Tin yang pertama tersiar di media , sebuah cerpen berjudul ‘Malam Pertama’ tersiar dalam Majalah Jejaka tahun 1971. Tetapi, Lim Swee Tin merasakan jiwa dan bakatnya lebih terjurus ke arah genre sajak. Bagi Lim Swee Tin, genre ini boleh menjadi alat komunikasi, iaitu apabila sesebuah karya dihasilkan, pengalaman dan pemikiran penulis dapat dikongsi dan dihayati bersama-sama khalayak.

Berasaskan pegangan inilah Lim Swee Tin begitu serius dalam mencipta sajak dan keseriusannya tidak sia-sia. Setakat ini, Lim Swee Tin telah memenangi sejumlah 20 hadiah penulisan. Antaranya, Sayembara Cerpen ESSO-GAPENA 111 dan V1 pada tahun 1982 dan 1985 melalui cerpen-cerpen berjudul ‘Tapah’ dan ‘Gok’. Beliau memenangi Hadiah Penghargaan Anugerah Puisiputra 11 pada tahun 1983 melalui antologi ‘Akrab’ yang memuatkan 50 buah puisi. Lim juga beberapa kali memenangi Hadiah Sastera Utusan – Publik Bank (1986, 1989, 1990, 1992, 1994, 1999), Hadiah Sastera Malaysia 1982-83 melalui sajak ‘Berjalan-jalan Di Sini’, 1986-87 melalui sajak ‘Sejarah’, dan 1988-89 melalui sajak ‘Sewaktu Melintasi Kundasang’. Beliau memenangi Hadiah Cerpen Maybank – DBP ke-111 melalui cerpen ‘Cahaya Lain Di Wajah’ dan ke-IV melalui cerpen ‘Setelah Kabus Dini Hari’. Pada tahun 1990, Lim Swee Tin memenangi Hadiah Kedua Peraduan Mengarang Cerpen dan Puisi sempena 100 Tahun Kuala Lumpur melalui naskah puisi ‘Kuala Lumpur : Kota Sarang Labah-Labah’. Beliau juga memenangi Hadiah Puisi Kebangsaan ESSO – GAPENA tahun 1989, Hadiah Puisi Bosnia – PENA, Berita Harian, Utusan melayu pada tahun 1994, dan Formula Malaysia kategori cerpen, 2000, melalui cerpen ‘dR’.

Lim Swee Tin berumahtangga pada tahun 1977. Isteri beliau, Selina S.F. Lee, seorang guru juga merupakan penyair dan cerpenis yang kerap menyumbangkan karya-karya di media-media tanah air. Mereka kini dikurniai tiga orang anak, seorang lelaki dan dua orang perempuan.
Lim Swee Tin pernah aktif dalam Persatuan Penulis-Penulis Kelantan (PPK). Selepas PPK menjadi tuan rumah Hari Puisi Nasional di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1981, Lim Swee Tin mengambil alih jawatan Setiausaha 1 selama tiga penggal berturut-turut. Sepanjang memegang jawatan tersebut, Lim Swee Tin banyak memainkan peranan mengendalikan bengkel dan mengadakan pelbagai rancangan pembangunan untuk melahirkan penulis-penulis pelapis di negeri kelahirannya itu.

Pada tahun 1990, Lim Swee Tin terpilih mewakili negara dalam acara Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur, acara dwitahunan yang menghimpunkan penyair-penyair terkemuka dunia. Pada tahun yang sama, Dewan Bahasa dan Pustaka memilih beliau untuk Program Penataran Karya Sastera selama 26 hari di Indonesia. Antara aktiviti beliau ialah menemui pengarang-pengarang ternama mutakhir Indonesia selain berdiskusi dengan tokoh-tokoh bahasa dan kesusasteraan Indonesia. Beliau juga berkesempatan mengikuti HISKI 111 di Malang, Indonesia.

Pada tahun 1994 – 1997 Lim Swee Tin merupakan Pengelola Ruangan Sastera dan Budaya akhbar Mingguan Watan. Selain itu, Lim Swee Tin kerap diundang membentangkan kertas kerja. Antaranya sempena Bulan Bahasa Melayu Singapura 1996, 1997,1998 dan 1999, Hari Sastera Malaysia, Hari Puisi Nasional dan Pertemuan Sasterawan Nusantara X/Perhimpunan Sasterawan Malaysia 1 di Johor Bahru, 1999 di samping mengelolakan majlis-majlis kesusasteraan serta acara-acara baca puisi ; antaranya pada Kongres Bahasa Melayu Sedunia 1995, dan lain-lain lagi. Beliau mengendalikan Minggu Penulis Remaja (Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah) dari tahun 1996 hingga 1999, yang banyak membantu mengukuhkan kedudukannya sebagai penulis tanah air. Lim Swee Tin juga Pengadil GAPENA bagi acara Sayembara Puisi Kebangsaan dari tahun 1995 hingga sekarang.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia penulisan, Lim Swee Tin telah menerbitkan sejumlah sepuluh buah antologi puisi persendirian, empat daripadanya merupakan puisi remaja, lima buah novel remaja, lima buah buku kreatif umum, dan lebih enam puluh buah antologi bersama. Beliau juga menyelenggarakan sebuah antologi puisi penulis bukan Melayu.

Kejayaan cemerlang Lim Swee Tin dalam bidang penulisannya juga membawanya ke simposium The Search for a New World Culture for the 21st Century : Asian Literary Perspective di Washington D.C, Amerika Syarikat, dan bersempena dengan Persidangan ASEM ke-2 di London April tahun 1998, Lim Swee Tin diundang mewakili Malaysia pada acara Baca Puisi Four Leading Poets from South East Asia bertempat di Royal Festival Hall, London di samping penyair dari Indonesia, Thailand dan Filipina.

KARYA DR. LIM

Seorang Lelaki Tua - Lim Swee Tin

Seorang lelaki tua
yang tiba-tiba
merasakan
kehilangan sebuah sungai
tempat dulu petang-petang begini
bermain dengan teman-teman.
Seorang lelaki tuayang tiba-tiba
merasakan
kehilangan sebuah halaman
tempat dulu sewaktu kecil
mendengar ibu bercerita tentang sekian dongengan.
Seorang lelaki tua
yang tiba-tiba
bagaikan terjaga
berdiri di antara bangunan-bangunan tinggi
asing dan menyepikan
di kelilingi asap dan debu
kering dan melemaskan.
~ Lim Swee Tin, 1993

NI CERITA TENTANG DR. LIM MENERBITKAN TENTANG LAGU PUISI

Lim Swee Tin (Dr.) di persada jagat sastera tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau merupakan sifu dalam penulisan dan deklamasi sajak. Sudah banyak buku kumpulan puisi yang beliau hasilkan. Minat Lim Swee Tin pada kesusasteraan (sastera Melayu) begitu mendalam sekali.

Terkini, Dr. Lim menghasilkan album puisi bertajuk Mencari Indah yang beliau terbitkan sendiri. Album ini mengandungi 16 buah sajak. 14 buah sajak dideklamasikan dan 2 buah sajak beliau nyanyikan sendiri. Setiap pembelian album ini akan mendapat sebuah buku kumpulan puisi terbaharu beliau yang juga bertajuk Mencari Indah.
Saya telah membeli dan memiliki album dan buku Mencari Indah karya Dr. Lim itu. Setelah mendengar dan menghayati album dan membaca buku itu, saya kagum sungguh-sungguh. Lim Swee Tin memang seorang penulis/penyair sejati. Beliau sanggup keluar modal untuk menghasilkan album puisi. Melihat kulit album dan kulit CD, kerja yang beliau hasilkan bukan kerja main-main. Ada beberapa persoalan bermain di benak saya. Antaranya ialah album deklamasi puisi dan lagu puisi Mencari Indah berbahasa Melayu ini diusahakan oleh seorang yang bernama Lim Swee Tin


JOM KITA TINJAU KEGIATAN YANG DR. LIM BUAT...

Telah banyak kegiatan yang telah diikuti oleh Dr Lim sepanjang ini. Antaranya ialah:
Penataran Karya Kesusasteraan di Indonesia, Jakarta – Malang, DBP,6 – 30 November 1990, Peserta.

Pertemuan Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia, LIPI-DBP, Jakarta, 22November 1990. Pembentang Kertas Kerja.

Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (Kuala Lumpur World PoetryReading)1990, DBP, Kuala Lumpur 1990, Peserta.

Hari Puisi Nasional ke-10, GAPENA-Persatuan Penulis P.Pinang, PulauPinang,20-23 September 1991. Pembentang Kertas Kerja.

Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (Kuala Lumpur World PoetryReading) 1992, DBP, Kuala Lumpur 1992, Peserta.

Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (Kuala Lumpur World PoetryReading) 1996, DBP, Kuala Lumpur 1996, Peserta.



Seminar Penterjemahan Karya Sastera, Persatuan Penterjemah Malaysia,UPM,26 Oktober 1996. Pembentang Kertas Kerja.

The Search for a New World Culture for the 21st Century Culture:Asian Literary Perspective, The Washington Times Foundationand The Internasional Culture Faoundation, Washington D.C.,27 April – 5 Ogos 1997, Peserta Negara.

Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (Kuala Lumpur World PoetryReading) 1990, DBP, Kuala Lumpur 1998, Peserta.

Four Leading Poets from South East Asia, with Conjunction to AsianEurope Summit (ASEM 2), London, 2 April 1998, PesertaNegara.

Minggu Sastera Malaysia , Persatuan Penulis Johor-DBP, Johor Bahru,28 November 1998, Pembentang Kertas Kerja.

Hari Puisi Nasional Malaysia ke-14, GAPENA-Kerajaan Negeri Sembilan-DBP,Seremban, Negeri Sembilan, 29-30 Januari 1999,Pembentang Kertas Kerja.

Pertemuan sasterawan Nusantara ke-10, dan Pertemuan SasterawanMalaysia 1,Kerajaan Negeri Johor-GAPENA-DBP, Johor Bahru,Johor, 17-21 April1999. Pembentang Kertas Kerja.

Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (Kuala Lumpur World PoetryReading), DBP, Kuala Lumpur 2000, Peserta Negara.

Simposium Penulis Pelbagai Kaum 1, GAPENA-DBP-PUTERA, Miri,Sawarak, 17-20 September 2000, Pembentang Kertas Kerja.

Anugerah Persuratan Asia Tenggara/South East Asia Award(S.E.A.Write Award), Kerajaan Diraja Thailand, 10-23September 2000,Bangkok,Thailand, Penerima Anugerah.
Concert for World Peace, Kerajaan Diraja Thailand, Bangkok,Thailand, 25-28 Ogos 2001,Peserta Negara.



Taipei 2001 World Poetry Festival, Biro Kebudayaan Taipei, TaiwanR.O.C,Taipei, 10-23 September 2001, Peserta Negara.

Hari Puisi Nasional Malaysia 2003, GAPENA-Kerajaan Negeri Selangor-DBP,Shah Alam, Selangor, 2003, Pembentang Kertas Kerja.

Seminar Islam Hadhari, IKIM-Kerajaan Negeri Melaka, 18-19 Januari2005,MITC,Melaka, Pembentang Kertas Kerja.

Hari Sastera Malaysia ke-13, GAPENA-Kerajaan Negeri Perak-DBP, Ipoh,Perak, 2-5 September 2005. Pembentang Kertas Kerja.

Kuliah Kesusasteraan Bandingan Asia Tenggara (MASETRA), DBP-FBMK(UPM), 25 Ogos 2005, Penganjur Bersama-Peserta.
Seminar Kesusasteraan Asia Tenggara (MASTERA), DBP, 29-30 November2005,DBP Kuala Lumpur. Peserta.

mengenai diri aku

nama aku Nur Asikin Abdul Hadi, aku sekarang ni belajar algi kat UPM. kat sini aku ambik course Kesusasteraan Melayu. aku berasal dari Kelantan. dok kat Tumpat. aku ni anak keempat daripada empat beradik. hobi aku ialah mendengar musik, baca buku, dan shopping. ala biasa la orang pompuan kan. makanan kegemaran aku ialah nasi ayam dan mi kari. manakala minuman kegemaran pulak ialah teh o ais.